Tuesday 6 November 2007

warna warni lrt

aku penat gile dok kat office tak buat apa2 ni. actually, aku tengah tunggu masa jek nk resign. my resignation effective this 25th November. org ckp pejam celik, pejam celik, dah 25th. tapi aku pejam celik, pejam celik, still kat depan pc tak buat apa2. kalau aku banyak duit aku dh resign 24 hrs..tapi sayang dalam poket ada duit tambang balik naik lrt je //

best ke naik lrt? serius best even aku jarang sangat dapat duduk. bagus kerajaan buat lrt ni. sekurang-kurangnya orang berpendapatan rendah mcm aku ni boleh save duit. tapi sayang, lrt ni bukan "orang" kita yang punya. hmm...kadang2 kalau ada tempat kosong teringin juga nak duduk, tapi bila nampak makcik2 ngan pakcik2 ol' skool berdiri, kesian pulak.teringat pulak perents aku kat rumah. so, aku yang masih mempunyai lutut yang masih penuh berisi air ni lebih baik diri je. the best part in lrt ni..everyday jadi macam love at the first sight. a lot of young and hot chicks..hehe. tapi siapa la aku...baju pun beli kat pasar malam, kasut pun byk kesan chewing gum, muka pun 'malam', chicks tengok pun jadi tak tidur malam...sebab takut! macam2 rupa ada dalam lrt ni. yang cantik macam atau lebih dari artis pun ada. yang handsome sikit dari jalaluddin hassan (datuk...ceh!) pun berlambak. tapi bila turun jek lrt..dah 'clash'...hehe. cinta aku tu lebih kurang 15 minit la. tu pun nasib baik kalau dia turun station sama. kalau station lain...cinta putus ditengah jalan la jawabnya. nasib baik tengok orang tak kena saman. tapi kalau kau orang tengok someone tu melampau-lampau, tu dah boleh kira harrasment jugak tu..heh. aku rasa kalaulah aku pakai baju padini, seluar polo, belt polo, kasut hush puppies, perfume hugo boss, mau terlopong jugak la 'anak2 ayam' tak bertambat ni. muka lain punya crita. yang penting poket penuh...kira kalau letak wallet, orang nampak kembung semacam..macam letak big mac dalam poket jek ;p. //

satu benda yang aku tak suka pasal service ni, bila part kita nak beli ticket. tukang jual ticket ni punya muka masam macam bau ketiak! kalau aku ni orang malaysia, aku faham la. orang malaysia ni nama jek orang timur tapi adab ntah apa2. tapi kalau tourist tu nak beli ticket, please la buat muka friendly malaysian tu. kalau taknak senyum kat makcik timah tak apa, senyum la sikit kat mr john. at least dia org akan bawa balik cerita best kat negara dia org. ye la, tahu, tukang2 jual tiket bermuka masam ni bukan pandai sangat cakap english. setakat yes, no, i love you, i love you too, s**t, f**k...me, mungkin tak jadi masalah bagi tukang2 jual ticket bermuka masam ni. tapi takkan bila mat saleh ni tanya "where's KLCC" tukang2 jual ticket bermuka masam ni nak jawab "s**t, f**k me please" pulak kan? senyum tu dah menjawab segala nya. bila tak jawab tapi kita senyum...sejuk jugak hati. ni tak, dah la muka masam, cakap pun nak tak nak, pissed off la mat saleh tu. lagi satu, bila pulang duit suka main campak2. besar sangat kot pangkat tukang2 jual ticket bermuka masam ni. terima kasih pun tak ada. tukang2 jual ticket bermuka masam ni tak sedar agaknya yang kita "pemberi sedekah" ni yang membolehkan mak dia orang kat kampung tu beli rantai emas, ayah dapat duduk kedai kopi tanpa perlu tulis buku 555, adik2 dapat tulis huruf A dengan betul agaknya. dah la buta adab..buta hati pulak tu. kesian-kesian //

kalau pagi mcm syurga, petang mcm cilake..cuba teka? itulah bau-bauan di dalam lrt bile korang naik masa petang. aku pun tak faham orang2 yang mempunyai bad odour(BO) ni. kerani aku pernah berkata:-

perbualan di telefon

-kerani aku "haha....memang betul. kalau jammed susah nak bawa kereta, lebih baik naik lrt"
-kawan kerani "tapi tak larat la nak berhimpit-himpit masa balik.selalu je penuh" (aku rasa ni yang dia cakap la)
-kerani aku " betul2. pagi2 jek semua wangi. dah petang, macam2 bau ada...bau kambing pun ada...haha"

lawak gila. aku tak faham macam mana kerani aku boleh cakap macam tu. sebab dia tu pun sebenarnya "penyumbang" kepada bau kambing tu. aku rasa org mempunyai BO ni tak sedar bau2 kurang enak yang ada kat diri diaorg ni. apa la salahnya dicalitkan sedikit minyak wangi atau pakai la deodorant sebelum balik tu. ini tak, main redah jek. cet! //

10 comments:

byl said...

ehem2!
slalu turun kt station mane?

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

playstation...nah...hehe
turun kat station sg besi. dok jauh la...tempat keja jauh. umah jauh...travel everyday..tp memang best!

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

playstation...nah...hehe
turun kat station sg besi. dok jauh la...tempat keja jauh. umah jauh...travel everyday..tp memang best!

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

playstation...nah...hehe
turun kat station sg besi. dok jauh la...tempat keja jauh. umah jauh...travel everyday..tp memang best!

byl said...

heh!
ni lrt yg mane ni?
putra lrt ke star lrt?
confius2

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

star lrt. dulu adalah penumpang setia putra lrt. putra lrt yg pack gile kan. star kurang sket. penumpang setia lrt gak ke?

byl said...

yap.
aku penumpang setia putra lrt. suka usha org.
bf xde transport pn xpe. asalkan g memane naik lrt. aku sanggup!

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

haha..bestkan tgk org. macam2 jenis. aku naik putra sekejap jek. aku rase dalam sebulan..dari terminal putra - masjid jamek. pagi yes, aku boleh tido dengan amannya. petang x dpt la..full! even sampai tmn melati manusia2 ni dh surut, berdiri dari masjid jamek ni dah hilangkan mood aku utk duduk..hmm..

areyoung said...

so.. ke mana pasni ;P

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

tak kemana pun. in fact x tau nk buat apa2 pun. dok kat umah je kot sementaraa ni..hmm..