Tuesday 13 November 2007

LaGi RM53.92 nAk CuKuP RM1 jUTa!

tiap-tiap hari kalau aku balik kerja, lebih kurang pukul 5.30 petang, di LRT Bandaraya, dalam train heading to Sri Petaling, aku sure jumpa 3 orang buta. 2 chinese and 1 Indian. mereka memang sudah sedia ada dalam train. mereka berpakaian kemas. kemeja dan seluar slack. membawa beg yang aku rasa mungkin ada laptop kat dalam tu.berbual dalam bahasa Inggeris. mereka bekerja. ya, kurang upaya tapi bekerja. apa yang aku nak cakap ni? aku nak bagitau orang kurang upaya pun boleh BEKERJA.

aku muak.

muak tengok manusia yang condition dia sama je dengan 3 orang hero berpakaian kemas ni, tapi bersepah di tepi-tepi jalan minta sedekah. kenapa nak kena minta sedekah? ya betul, Islam cakap bersedekah itu dipandang mulia. habis? takkan nak guna kan alasan ni untuk meminta sedekah? ye la, dah ada orang bersedekah, mestilah ada peminta sedekah. gila. jika ada yang berfikiran begini, you are totally insane.

yang patut kita sedekahkan ialah kepada orang-orang sudah berusaha, tapi masih lagi susah. dalam konteks ni, mereka sudah BERUSAHA. mungkin jual tisu di tangga LRT itu mereka anggap usaha? mungkin jual kerepek tu dianggap usaha? itu TOPENG. topeng untuk meminta-minta. sekurang-kurangnnya orang cakap dia berniaga. seawal pagi lagi dah menadah tangan. sebelum tu, ada dia tadah tangan kepada tuhan? atau doa-nya jadi begini "ya Allah, bukalah hati orang ramai untuk sedekah kepada ku". ini konsep meminta-minta tanpa usaha! kalau mungkin satu bulan yang menguntungkan, dapat RM100 setiap hari, "kerja" keras tanpa cuti, RM3000 senang-senang dalam tangan. cukai tak payah bayar. sewa pun tak ada. hanya bermodalkan mangkuk dibeli di kedai RM2.

nak lagi drama.

orang bijak pandai pemutar alam ini, pakai kopiah. Malaysia penduduk nya Islam. dengan harapan, orang-orang Islam ni boleh bersimpati dengan mereka. dengan alasan, kan bersedekah tu perkara mulia. jahanam bangsa aku. jahanam agama aku. orang macam ini memalukan agama. pakai kopiah pandai. tapi berfikir bodoh. aku bukan lah orang yang alim, aku pakai songkok pun masa mengadap tuhan, tapi aku faham juga pasal agama walaupun ilmu aku tak sedalam sungai perak.tapi aku faham jugak la aturcara kehidupan ni. yang lagi advance, siap ada yang meminta sedekah dengan menunjukkan sehelai kertas yang sudah di-laminate-kan. aku tak baca pun surat tu. tapi sudah pasti pasal cerita bohong dan karut yang menerangkan orang ini sakit ini, orang ini sakit itu. sila lah bersedekah. hebat. ye la, kalau tak laminate rosak pulak surat untuk cari makan tu. jadi kos pula nak taip surat hari-hari.heh. yang pelik pandai pulak nak laminate. belajar kat mana? berjalan pun susah, siapa yang buatkan?

yang satu ni pulak, baju t-shirt putih bersih, pakai kopiah, nak kata buta tapi pakai cermin mata, ambil satu kerusi, duduk di station LRT dari pagi sampai petang jual tisu. aku rasa dia tak buta. cuma mata dia mungkin tak dapat lihat dengan jelas. badan segar bugar. mesti makan lauk ayam padrik dengan sayur campur hari-hari. kenapa nak jadi macam ni. kerja la lain bang. badan tu sihat lagi, kuat, ada kerja yang lagi bagus. yang penting USAHA lebih sikit. kerajaan boleh tolong. kalau parasit ni tak duduk melopong...saja.

alasan lain, "tolong lah derma untuk Sekolan Anak-anak Yatim Darul Penipu". siap tunjuk gambar. siap bagi resit. kat mana sekolah ni? nun kat Gua Musang. pergi sana pun tak pernah. macam mana aku nak tau ada ke tak sekolah tu. umpan lu tak kuat mana lagi la. kenapa kau nak tagih duit tu kat aku. boxer aku pun jarang-jarang tukar. kau boleh nak mintak duit aku, alasan, sekolah tu depa nak bagi perbesar. jauh kau jalan. kenapa kau tak mintak kat kerajaan negeri. kenapa tak pergi jumpa menteri. apa punya PEMBOHONG la!

bukan aku tamak. bukan aku tak suka jadi tangan yang diatas. bukan aku tak ada perasaan. tapi kalau masih boleh bekerja, tak ada alasan untuk cakap tidak. yang aku tengok, semua masih boleh bekerja. ye la, nak berjalan ke LRT pun larat. takkan kerja sikit pun dah tergugat. jangan marah kalau aku tak sedekah. sebab ntah-ntah duit kau lagi banyak dari aku. rambut serabai konon ada kutu, ntah-ntah semua palsu. PENIPU!

maaf ya. yang saya boleh buat. tengok dan jalan saja.

6 comments:

byl said...

Huh!
Azab aku nk baca
panjang dow

Tapikan ada yg susah
xle keje
xde kemahiran apatah lagi sehelai sijil
bukan semua cmtu

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

tapi ni jalan pintas. ada pusat untuk orang OKU apa. pegi la. jangan la duduk mcm tu. yg tak best nye melayu merangkap islam. sedih2.

byl said...

ada yg tatau bnd alah 2.
len kali apa kata ko yg bg penerangan kt dorang cane nk naikkn taraf hidup 2.
ni bebel kt cni pn xde guna
sekurang2nya kalau ko bebel kt dorg ada gal la faedah 2.

*aku pelik skjp.aku tgk link2 ko kt tepi 2 semua blogger yg hebat2. camane ko le sesat jmpe blog aku?

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

alah..dia org tau benda tu. saja buat tak tau. kalau ikut saluran yang betul, lambat. ambik short cut senang. yang mintak sedekah tu bukan budak 5 tahun. dah 35 tahun. lebih dari berfikir. muka tu kalau dah tebal boleh mintak sedekah, baik gi buat direct selling.

ini blog utk aku luah perasaan. bukan nak buat apa-apa. mungkin boleh bagi idea kat pembaca-pembaca untuk dia org implement apa yang diorang nak buat.

*ntah. ko antara bloggers awal yang aku add. tu pasal ko ada kat sini. yang lain tu bukan kenal aku pun. aku saje jek add. sebab aku suka apa yg dia org tulis. tu je

Anonymous said...

aku sangat benci pengemis!
rezeki itu ada di mana-mana!
dulu aku tinggal di satu kawasan di KL, jiran aku seorang pengemis. dia jadikan mengemis sebagai karier!
Sehari boleh dapat RM400, tanpa belanja, oklah, belanja tiga ringgit lebih naik lrt pergi balik plaza rakyat. dia memang buta, tapi tak susah, malah ada rumah lain yang disewakan di Langkawi.
Ramai lagi yang macam tu!
Dan betul, ada pusat untuk OKU, ada jabatan kebajikan, macam-macam ada!
malah mak bapak aku pun OKU, tapi diorang kerja!!

maaf, tiba-tiba menerjah kat blog ini, boleh kan? salam.

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

sehari rm400? ini sudah gila! orang mcm ni mcm mana nak buat ek? sepak kan je boleh ke?

parents ko pun OKU? kirim salam respect aku kat parents ko.

tentu saja boleh. terjah la selalu...hehe