Thursday 15 November 2007

%^&$*$#!!#$^($%#

cermin kereta aku pecah pagi ni. ntah mana datang manusia tak berotak ni pun aku tak tau. mungkin sebab aku parking di tempat selalu dia parking. tapi, tak ada pulak number kereta, atau nama bapak dia tertulis dekat situ. so, aku anggap parking tu adalah hal milik awam. aku balik kerja awal, dan parking tu kosong. sudah tentu first come first serve basis di-apply-kan oleh aku. tapi mamat / minah kepala-hotak-dia-berjambul ni mungkin tak puas hati dengan aku dan telah menggunakan akal nya yang singkat dengan memecahkan cermin hadapan kereta aku. alat untuk memecah cermin aku : magnet yang terdapat di speaker.

tapi, mungkin ini perbuatan orang yang tak sengaja membuang barang dari atas (aku tinggal di apartment). mungkin. tapi kalau dah membuang sampah dari rumah mereka di tingkat 18 adakah boleh dikira tak sengaja? ini otaknya di lutut. elok kalau aku dapat lututkan muka makhluk tuhan ni dan tinjukan hidung nya macam Muhammad Ali dengan buku lima aku ni. baru puas!

agaknya ini dia orang Malaysia. tak beradab. kurang sopan. dan menggunakan 0.0000001% sahaja kegunaan otak mereka. ini juga di-apply-kan dengan sebaik mungkin oleh pemandu-pemandu di Malaysia. sikap kurang ajar di jalan raya sangat di tahap yang membakar jiwa dan raga. ada yang bersopan. ya, aku pernah jumpa. dengan selamba dia overtake kereta aku tanpa memberi isyarat. semua carutan baik dalam bahasa melayu, cina, india atau ciptaan spontan daripada aku sedang berlumba-lumba nak keluar dari mulut aku. tapi nasib baik dia mengangkat tangan tanda sorry. "maaf brother, gua sakit perut. terpaksa overtake lu dengan kurang ajar sekali. dalam seluar gua dah penuh ~!!@##$%^^&&...la" erm..mungkinlah keadaan mamat tu macam ni. tak apa. anda dimaafkan. tapi bukan mamat yang semalam. di dalam jammed yang teruk masih boleh memotong kereta aku tanpa memberi signal. mari, aku ceritakan keadaan jammed ni. selepas tol, ada 3 lanes. yang kiri sekali untuk menuju ke fly-over. dan 2 lanes di sebelah kanan untuk terus sahaja. malangnya, selepas saja tol. lane sudah bertukar sebanyak 4 atau mungkin 5. ini dasyat. ini contoh orang yang tak sabar. berbalik kepada mamat tadi. aku ingat dia overtake aku untuk terus. tapi, bila nak dekat dengan susur untuk naik ke fly-over, dia terus ke kiri tanpa memikirkan pemandu-pemandu lain yang dah lama berbaris lama seperti perbarisan kereta berhias ni. dah la tak sabar, menyusahkan orang pulak tu. ditambah lagi dengan perencah kurang ajar dan bodoh. semua lengkap untuk mamat ni. kalau semua orang sabar. tak akan ada jammed. semua orang akan sampai ke rumah dengan selamat. tapi sayang, orang yang berfikiran singkat, selalunya akan mencari jalan singkat!

err...duit aku tetap akan terbang rm200 - rm300 hujung minggu ni untuk tukar cermin..adoii..

4 comments:

byl said...

ikut aku naik LRT kan senang

KeL@T said...

huhuhu... byk2 sabooo... hehehe..

Ares Bahar said...

takpe yeop,
cermin je pecah...hehehe

Mohd Hazreen Rashid said...

setuju tak kalau aku cakap sebab semua orang bermentaliti orang malaysia tak beradab di jalan raya, maka kalau sesiapa yang berniat suci nak mengadabkan diri, mesti akan rasa put off dengan orang lain. Survival of the fittest. JAdi ramai2 tak nak beradab. Kempen kerajaan tak cukup power lagi nie.