Monday 12 November 2007

dUiT DaLam poCket TingGaL RM10

kalau boleh hidup zaman 50'an, mesti dapat makan secucuk satay dengan harga 5 sen. mesti aku dapat jumpa Haji Samuri sellin' his famous satay kajang. well, pakcik, your satay too expensive now and become smaller. mungkin "satay" dia jugak begitu. tapi bezanya, "satay" dia sudah turun harganya..heh. sebatang 60 sen. kepala hotak dia. mahal tu. tapi orang tetap datang because of the strong brand name, in the same time, increase the level of customer's loyalty. basic marketing. dan...aku tetap makan satay Haji Samuri sekali sekala.

orang kaya mungkin tak ada masalah langsung untuk makan satay Haji Samuri hari-hari. mana taknya, duit berkepok, hutang tak ada yang lapok. subsidi kerajaan bagi lagi, lagi menari la si kaya suka hati. baru-baru ni ingin dirombak ataupun dikaji semula sistem subsidi di Malaysia. bagus. orang kaya garu kepala. kalau jadi, kena la berkira-kira kalau nak pergi London tahun ni. padan muka.

however, banyak lagi perlu dikira-kira. sebab, lanun-lanun ketua negara pun orang kaya. macam mana? susahkan diri sendiri untuk rakyat? sanggup ke?

aku ada kawan anak orang kaya. lelaki. anak lelaki tunggal. kalau aku ikut rentak dia, aku lebur. tapi aku tak tau kenapa dia still lagi nak kawan dengan anak-anak orang miskin macam aku. sebab kawan. duit RM10 dia pinjam aku pun susah dia nak bayar. tak pun buat-buat tak ingat. kecik bagi dia, besar bagi aku. nak jadik rockers. duit banyak semua boleh jadik. Fender Telecaster warna merah selamba je buat koleksi. aku fed up. janji jangan cakap. kalau dah janji dengan aku dan kawan-kawan tak berduit ni, selamba dia cancel sebab kawan-kawan kaya dah menyalak ajak menyundal. janji susah nak sama-sama. tapi bila susah, aku sorang terkebil-kebil. orang kaya bangsat namanya ni. kalau dah diatas langit, rumput kering kat bawah ni ingat-ingat la juga. tak mintak disuap duit yang mana tuan empunya duit tu adalah mak bapak dia orang punya. minta sikit rasa hormat, mintak buang semua perangai bangsat, tak mintak banyak, kepala ni jangan dihenyak-henyak.

cliche. hidup ni ibarat roda. kejap di atas, kejap di bawah. kalau dah rasa diri tu enggang sangat, jangan la nak terbang dengan pipit. kalau dah rasa makan kat tepi lorong tu jijik, jangan la cakap tempat tu sempit. buka mata luas-luas, tarik nafas puas-puas, esok kalau Malaikat pencabut nyawa datang, jangan lak nak disogokkan jugak dengan duit. card credit gold pun dah tak laku. macam mana tu?

4 comments:

Wira Nordin said...

bernas sekali penulisan kamu.
kamu anak pak idris jugak ke?
ic ic..berapa kerat sgt la anak pak idris..kamu bilik mana?

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

sebab encik wira ni la yang membuatkan saya mau menulis. sebab dia kawan saya. bilik saya dihujung-hujung. katil saya dihujung-hujung.

Wira Nordin said...

adeh...
masih belum ada klu lagi la
kamu UIA?

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

study dekat universiti swasta. dalam malaysia jugak.