Friday 9 November 2007

IMPAK MAKSIMA.POYO!!

siapa kata aku tak tengok filem-filem malaysia yang typical ni. of course kena tengok jugak. kalau tak tengok, tak tau la hebat mana. hebat promosinya, konon hebat pelakonnya, di majalah, surat khabar, dan wayang-wayang serata pelusuk nagara, heboh ditayang dan sibuk dicanang filem karut buatan melayu moden ni. aku ingat hebat la sangat tapi kesudahannya sama. hampeh!//

kalau korang tengok watak Spark (Zul Huhaimy) dalam Remp-IT, dalam filem ni pun dia ada. dia kata. dia nak buat lain la, takut-takut watak dan gaya yang akan dibawa ni sama dengan watak dalam Remp-IT, kesian..memang sama pun. mungkin yang lain, of course namanya, dan tang rambut tu. panjang dari watak Spark. yang lain…totally sama! dah la rambut macam sial (maaf). tapi tu memang hakikat. buat la proper sikit. ini tak, rambut Temenggung Jugah pun lagi cantik. //

kalau part action jangan cakap la. orang kita taknak kalah. nak jugak buat aksi langgar-langgar. tapi teknologi Power Rangers pun lagi baik. aku bukan bodoh. penonton pun tak bodoh. pengarah dan penerbit tu yang membodohkan diri dia dan secara tak langsungnya meng”sampahkan”kan industri filem kita ni. ada satu adengan kejar mengejar Eizlan dengan Zul Huzaimy naik go-kart, boleh lak mamat spark ni drive bawah lori. bodohnya. scene tu mcm copy and paste jek aku tengok. jangan la buat macam ni. tergelak aku. dah takda duit sangat ke? kata filem juta-juta, tu je hasilnya? part last masa kereta spark belanggar dengan kereta eizlan, perghh, lagi hancus! memang kartun! lupa lak, part opie punya kereta berkecai pun hancus! tiba-tiba kau tengok kereta tu macam mengecil and kereta dengan background tu macam tak sama. macam aku cakap tadi, copy and paste. kita memang tak nak kalah, kalau Fast And Furious boleh buat, kita pun nak sikit. tapi part masa nak start race lagi kita dah kalah. ekzos keluar api tu nampak FAKE bang. buat la biar nampak real. hampas!//

Lepas tengok cerita Impak Maksima aku layan Bad Boy I & II lakonan Will Smith & Martin Lawrence. saja nak gelak-gelak and cuba compare-kan filem kita dengan filem asing. jauhnya jurang perbezaan ni macam Planet Pluto dengan Tanah Melayu. kalau nak untung banyak, melabur la lebih sikit. ini tak, filem RM2, 3 juta riuh satu kampung. buat la filem gempak sikit. bila filem tak ditayangkan lagi, korang keluarkan VCD/DVD, at least still boleh jual lagi..kalau filem tu bagus la. kalau tak, keluar VCD ke, DVD ke, lagi teruk, kaset sekalipun orang taknak beli. membazir.//

kita buat filem macam main-main. tak detail. semua macam acuh tak acuh. tu pasal bila kita lepas tengok filem melayu ni, macam-macam kita boleh persoalkan pasal filem tu. aku taknak angkat sangat filem luar, tapi tak boleh disangkal, filem mereka bagus. kita pun boleh jadi macam mereka. yang penting, melabur lebih sikit. buat filem biar terperinci. ini tak, filem kita macam biskut, cepat lemau. tapi nanti orang kita cakap mcm ni “buat apa nak ikut orang luar sana”…bukan nak ikut. tapi nak belajar. kita belajar la. ini tak, kadang-kadang pengarah ni dah bertahun-tahun mengarah, tapi filem masih di kepala takuk. tak belajar la tu. dah buat Remp-IT, nak buat Impak Maksima. Acuan yang sama lagi. sebab apa? sebab filem sebelumnya boleh la kasi untung sikit. so, apa salahnya ulang formula yang sama. itu minda kita.//

aku tak pandai pun pasal filem-filem, musik-musik, politik-politik semua ni. aku tulis berasaskan pemikiran cetek aku ni. harap-harap tak menyinggung atau tersigung siapa-siapa sahaja. cili tu pedas, siapa makan, dia la kena berak-berak. peace!//

No comments: