Wednesday 7 November 2007

*tOnG KOsOnG pUn Ada BuNyi Tau!*

Ermm…suka tengok filem melayu, suka musik melayu, suka drama melayu, suka artis melayu? Aku suka. Tapi yang rare. Aku tak nak kena sogok dengan Sembilu lagi, taknak kena paksa gelak dengan Otai, kena buat-buat nangis sebab sedih tengok Farid Kamil kena pukul dengan Spark. Tu semua plastik. Mana pegi idea2 melayu yang hebat2. P.Ramlee boleh buat tikar terbang dengan teknologi yang ntah apa2 dulu, takkan orang IT sekarang boleh buat cerita Misteri XX Ray yang orang hilang nye macam nak tak nak jek hilang. Sepatutnya sudah ada progress. Ini tak, teknologi masih di kepala takuk. Orang Malaysia dah pandai fikir bang…//

Mana pegi filem-filem hebat macam Layar Lara, Mimpi Moon, Selubung, Dari Jemapoh ke Menchestee, Paloh, ni pergi? Ada. Tapi orang Malaysia tak nak tengok. orang Malaysia nak tengok filem yang ada nangis-nangis. Orang Malaysia nak tengok hero, heroin yang cute2 je. Kalau takat Elly Suryati berlakon dengan ntah siapa ntah dalam Spinning Gasing, siapa nak datang kan? Aku pegi tengok Spinning Gasing masa birthday aku yang ke……(aku lupa la). Orang dalam wayang ada la seciput. Good movie. Tapi orang Malaysia suka potong-potong cerita. Dah tak faham jadiknya. Tapi kalau part berpeluk dalam Sembilu tu, tak nak pulak potong. Jangan marah la kalau orang kita taknak masuk panggung tengok filem kita, sebab hati ni lagi panas dari punggung yang duduk dalam panggung ber air-cond tu. Orang kita dah pandai fikir bang….//

Bersyukur la kita sebab ada pengarah-pengarah dan penerbit baru sehebat Afdlin dan Yasmin Ahmad. Terbuka la sikit minda-minda katak yang kat bawah tempurung ni. Soal Hati cerita jujur. Sebab: memang betul pun couple-couple ni bahasakan diri mereka -saya, awak. Fake gila kalau bahasakan diri aku, kau. Tu mungkin level yang tak boleh difikirkan lagi oleh pengarah millionaire masa buat filem Sembilu dulu. Mungkin juga dia memang ber-aku, engkau dengan wife dia masa bercintan cintun dulu. Mana tahu kan. Tapi orang kita ada yang tak boleh terima jugak filem-filem berpaksi-kan true life ni. Walhal, kitakan ni ‘true’, manusia alam nyata.. Kalau tak suka tengok cerita true life ni, tengok la Sponge Bob (pun best jugak). Kenyang aku tengok filem-filem Yasmin dan Afdlin ni. Jujur dan Jujur. Itu yang kita nak kan? ke korang lagi suka Gerak Khas? Ayahanda aku polis la. Dia cakap semua FAKE!...hehe. Sogokkan pengarah millionaire ni power la! Tu pasal ada makcik yang buat laporan polis pasal tong gas nya hilang tanya ayahanda aku macam ni “lembab betul la polis-polis ni buat keja, kat dalam tv tu kejap jek dapat” kata makcik yang mungkin otaknya juga sedikit lembab, yang mana tak dapat membezakan dunia satu jam di dalam drama tersebut dengan alam nyata 24 jam ni. Kuat juga pengaruh tv ni ye? Aku respek pengarah filem-filem/drama indiependent ni. Tak payah dapat sponsor dari Sabun Pencuci Kuat Harimau pun mampu buat dan keluarkan idea yang baik. Jangan mengeluh, jangan berpeluh jika penonton hanya ada sepuluh. Jangan putus asa kalau pungutan untung biasa-biasa tak berjuta. Sebab sekarang ni berlambak Generasi-generasi katak bawah tempurung yang masih memerintah. Tunggu Generasi X ambil alih. Mungkin kita dah mampu ada super hero kita sendiri. Lu orang kat luar sana kasi fikir la!//

Aku suka musik. Hidup kita ni penuh dengan musik. Sambil aku tekan-tekan papan kekunci ni pun dah boleh buat melodi. Pelik kan. Gitar biasa yang bertali enam, aku rasa dah berjuta-juta melodi dia keluarkan. Aku penah fikir. Mustahil tak kalau gitar tak mampu lagi menghasilkan melodi. Maksud kata, dah tak ada melodi lagi yang boleh dikeluarkan daripada 6 tali tersebut. Gitar mungkin menunggu idea-idea manusia untuk kelurkan melodi dari badan dia kot. So, maksud kata, gitar akan tetap ada melodi. Manusia aja yang ketandusan idea barangkali..hmm..//

Bagus ke industri musik kat Malaysia ni? atau lebih senang, layak ke dipanggil industri musik? Dah banyak artis mee segera di-TER-keluarkan dari seluruh pelusuk negara. Orang asli Jengka pun tau apa itu Akademi Fantasia kot. Pak Aji pun mungkin ikut layan dengar lagu-lagu sawi…oppss..Mawi. Betul ke bukan artis mee segera? Tapi kenapa penuh dekat billboard iklan mee segera dengan muka mereka. Lembu-lembu kena cucuk tali ni mungkin tak sedar sapi-sapi mereka tengah sedap perah susu mereka. Dah tak ada susu, dah tua pulak tu, kasi jual sama lain orang la. Tak pun jadi la Dj radio. Kalau dah penuh station radio ni, jadi pak guard kat station radio pun jadi la. Betul, tak semua yang tak ada kualiti. Tapi yang ada kualiti ni pulak, muka macam bontot kuali. Si Kepala Kapitalis ni pulak cakap, muka bontot kuali jangan jual. “tapi suara dia sedap, ada bakat” kata si suara kecil melawan. “suara sedap kalu tapi muka tada cantik, badan sangat gumuk, hidung belum kasi botox, mana boleh jadi artis” kata Si Kepala Kapitalis sambil kira duit yang masuk dari jutaan SMS yang dihantar. Semua tu dari hasil “sedekah” kononnya peminat-peminat fanatik bermusim ni. Realiti. Ini realiti musik Malaysia. Tak boleh tidak, nak jadi artis ni kena ada package. Apa itu package? muka putih bersih, pipi suntik botox, buah dada selambak, bontot sepemeluk, sangkup tido dengan producer…ini mungkin package nya. Kalau tambah dapat tido 3 hari 2 malam dekat Marina Resort dengan Si artis ber’package’ ni..lagi lama la si artis asal boleh ni boleh bertahan. Wahai si buta seni, musik tu intangible. Mula lah mengadili dengan adil. Berlambak artis yang boleh naik. Tapi kena tekan sebab muka tak ada iras-iras Siti Nurhalipas…oopss. Band-band pun berlambak lagi boleh dijual di luar. Tapi ini tidak, band-band ini dianak tirikan oleh label-label yang suka tarian Jai pong. Joget lambak pun sedap bang. Kenapa suka yang dari seberang? Ngak bagus kah band-band di Malaysia ni? Ongkos nya lagi murah. ya la, tempatan bukan? Bawa masuk band barat pun yang bukan-bukan. Peminat setia MTV suka la band-band macam ni…Good Charlotte, Simple Plan, Fall Out Boys, Backstreet Boys(Ol’ Skool ni). Butterfingers lagi hebat arragementnya. 7-Collar T-Shirt lagi asyik lagunya. Raihan dah ber-nasyid serata dunia. Tapi label-label ni takut nak jual band-band kita. Kalau takut jangan buat office kat Malaysia. Duduk kat luar sana. Cuba la percaya produk local. Aku mengaku kasut aku Adidas, baju aku Adidas, handphone nokia, makan dekat KFC,..apa persamaanya? Semua barangan luar kan. Maksudnya aku tak la anti semua barangan luar. Ye la, kalau bagus tak apa. Kalau kita lagi bagus..buat la. Jangan sorok-sorok…Pakcik Meor Kampung Manong nak bukti katanya…//

2 comments:

byl said...

mentaliti org kita.
kalau cerita kita ade sikit peluk2 x boleh.
tapi kalau filem barat bercium semua boleh. penuh panggung.
siap buat panggung lg.

*aku da merapu da ni

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

hahah..betul tu. kesian..kita la yg kena tanggung